Pusat Mediasi Mahkamah Kuala Lumpur
PDF version
Selamat Datang ke Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur (PMMKL).
 
PMMKL menyediakan perkhidmatan percuma bagi membantu pihak-pihak menyelesaikan kes di Mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan. Proses ini dikenali sebagai proses mediasi.
 
Hakim dan Pegawai Kehakiman yang berpengalaman dijadikan Perantara atau lebih dikenali sebagai Mediator. Mereka bertindak untuk membantu pihak-pihak yang bertelagah berkomunikasi dengan lebih baik, membantu pihak-pihak memahami keperluan, nilai dan emosi setiap pihak, memperbaiki perhubungan dan menggalakkan pelbagai pilihan penyelesaian bagi mencapai satu persetujuan atau keputusan bersama.
 
Perkhidmatan PMMKL hanyalah terbuka kepada pihak-pihak yang mempunyai kes yang telah didaftarkan di Mahkamah sahaja. Semua jenis kes sivil boleh dirujuk ke PMMKL samada:
 
(a)  Oleh Hakim atau Pegawai Mahkamah yang berpendapat kes boleh diselesaikan secara mediasi; atau
 
(b)  Atas permohonan pihak-pihak yang bersetuju dan sukarela untuk mencuba kaedah penyelesaian secara mediasi.
 
Selamat mencuba kaedah penyelesaian kes ini!
Total visitors to the Portal : 230,704
Last updated : 25 July 2017