PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN JANUARI 2012
PDF version

PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN JANUARI 2012

Semua Warga Mahkamah Kuala Lumpur telah mula berhimpunan di Lobi Utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur jam 7.45 pagi.  Perhimpunan bulan Januari diadakan pada 19 Januari 2012.  Perhimpunan Bulanan dimulakan dengan Bacaan Doa yang dipimpin oleh Tuan Erry Shahriman bin Nor Aripin (Majistret). Majlis diteruskan lagi dengan Nyanyian Lagu NegaraKu yang dipimpin Oleh Kumpulan Koir Mahkamah Kuala Lumpur.  Seterusnya Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur.  Pengarah mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga Mahkamah kerana ini adalah Perhimpunan yang pertama pada Tahun 2012.  Pada bulan ini Pengarah menekankan aspek keselamatan.  Memo telah dikeluarkan kepada semua warga Mahkamah KL untuk mengisi borang sekiranya ingin memasuki kawasan mahkamah selepas waktu pejabat dan pada hari hujung minggu.   Diakhir perhimpunan Pengarah mengucapkan tahniah kepada Pasukan Bolasepak Mahkamah KL kerana meraih tempat Ketiga di Kejohanan sukan MAKSWIP pada disember 2011.  Seterusnya Pengarah menyampaikan Sijil Penghargaaan kepada semua Pemain Bolasepak Mahkamah Kuala Lumpur.  Tahniah diucapkan kepada Pengurus Pasukan Bolasepak Mahkamah Kuala Lumpur iaitu Tuan Ahmad Fairuz bin Mohd Puzi diatas kejayaan ini.

 

   
   
   

Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Januari 2012 diakhiri dengan Lagu Perkhidmatan Awam dan Lagu Perpaduan Teras Kejayaan oleh Kumpulan Koir Mahkamah Kuala Lumpur.  Perhimpunan bersurai pada jam 8.45 pagi.  

Total visitors to the Portal : 230,708
Last updated : 25 July 2017