Mac 2012
PDF version

PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN MAC 2012

Semua Warga Mahkamah Kuala Lumpur telah mula berhimpunan di Lobi Utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur jam 7.45 pagi.  Perhimpunan bulan Mac diadakan pada 9 Mac 2012.  Perhimpunan Bulanan dimulakan dengan Bacaan Doa yang dipimpin oleh Tuan Erry Shahriman bin Nor Aripin (Majistret). Majlis diteruskan lagi dengan Nyanyian Lagu NegaraKu yang dipimpin Oleh Kumpulan Koir Mahkamah Kuala Lumpur.  Seterusnya Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur.  Pengarah mengucapkan maju jaya kepada semua warga Mahkamah.  Puan Azizah memaklumkan kepada semua supaya semua aktiviti diteruskan bersama Pengarah yang baru. 

 

   

Di akhir perhimpunan Kumpulan Koir menyanyikan 2 buah lagu untuk Puan Azizah sambil diiringi oleh Persembahan Multimedia mengenai kenangan Puan Azizah di Mahkamah Kuala Lumpur.

 

 

Total visitors to the Portal : 225,670
Last updated : 25 June 2017