Pusat Mediasi Mahkamah Kuala Lumpur
PDF version
Sejarah Penubuhan:
 
PMMKL atau Kuala Lumpur Court Mediation Centre (KLCMC) merupakan pusat mediasi yang pertama ditubuhkan di Mahkamah Malaysia. Ia diwujudkan pada 1 April 2011 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur dan kemudiannya dirasmikan pada 25 Ogos 2011 oleh mantan Ketua Hakim Negara ketika itu iaitu Yang Amat Arif Tun Zaki bin Azmi.
 
Penubuhan PMMKL adalah hasil cetusan idea mantan Hakim Besar Malaya, Yang Amat Arif Tan Sri Arifin bin Zakaria setelah mendapati proses tersebut menyumbang kepada penjimatan masa, tenaga dan kos semua pihak yang terlibat dalam melupuskan kes-kes yang difailkan di Mahkamah. 
 
Misi:
 
1. Untuk menjadikan mediasi sebagai salah satu alternatif untuk menyelesaikan kes tanpa melalui proses perbicaraan penuh.
 
2. Untuk menggalakkan pertelingkahan di antara pihak-pihak diselesaikan secara baik.
 
3. Untuk menggalakkan pihak-pihak mencapai satu keputusan yang memberikan mereka kepuasan.
 
4. Untuk menjimatkan masa, kos dan tenaga pihak-pihak yang terlibat.
 
5. Untuk menyediakan tempat yang sesuai untuk menyelesaikan kes tanpa melalui perbicaraan.
 
6. Untuk mengurangkan jumlah kes-kes tertunggak di Mahkamah.
 
Total visitors to the Portal : 230,707
Last updated : 25 July 2017