Julai 2012
PDF version

PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN JULAI 2012

Semua Warga Mahkamah Kuala Lumpur telah mula berhimpunan di Plaza Aras 1 , Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur jam 7.45 pagi.  Perhimpunan bulan Mei diadakan pada 16 Julai 2012.  Perhimpunan Bulanan dimulakan dengan Bacaan Doa yang dipimpin oleh Tuan Che Mohamad Zulkifly (Hakim Sesyen). Majlis diteruskan lagi dengan Nyanyian Lagu NegaraKu yang dipimpin Oleh Kumpulan Koir Mahkamah Kuala Lumpur.  Seterusnya Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur.   Pengarah menasihati semua warga MKL supaya berjimat cermat di dalam penggunaan Elektrik di Pejabat dan menasihati semua supaya menutup semua lampu dan air-cond sebelum meninggalkan pejabat selepas waktu bekerja.  Pihak Pengurusan akan membuat pantauan, dan jika didapati ada bahagian atau unit tidak menutup lampu, air-cond, komputer dan sebagainya tindakan akan diambil dan bahagian tersebut akan bertanggungjawab untuk perkara tersebut.  Pengarah mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Mahkamh Sesyen dan Majistret Jenayah kerana telah mendapat dan mematuhi ISO 9001:2008 pada 4 Julai 2012. Pengarah juga mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta Larian KMKL 2012 yang diadakan pada 7 Julai 2012.  Beliau berharap akan ramai lagi warga MKL akan menyertai program tersebut pada masa akan datang.  Beliau bercadang untuk mengadakan Larian KMKL ini 2 kali setahun, bagi tujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan warga MKL.  Beliau seterusnya menyampaikan Sijil Penyertaan kepada pemenang-pemenang peserta Larian KMKL 2012. 

Perhimpunan berakhir dengan Nyanyian Lagu Perkhidmatan Awam dan Perpaduan Bangsa dari Kumpulan Koir Mahkamah Kuala Lumpur. 

Total visitors to the Portal : 221,000
Last updated : 30 May 2017