Majlis Penyerahan Kompleks Mahkamah Baharu Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis Penyerahan Projek Mahkamah Baharu Kota Kinabalu, Sabah telah diadakan pada 9 Ogos 2018. Majlis ini dihadiri oleh YB Datuk Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Ketua Hakim Negara, YAA Tan Sri Zaharah binti Ibrahim, Hakim Besar Malaya, YAA Datuk David Wong Dak Wah, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Dato’ Tengku Maimun binti Tuan Mat, Hakim Mahkamah Rayuan, YA Dato’ Mary Lim Thiam Suan, Hakim Mahkamah Rayuan, YA Datuk Yaacob bin Haji Md Sam, Hakim Mahkamah Rayuan, YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), YBhg. Dato' Sri Latifah binti Hj. Mohd Tahar, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan YBrs. Ir. Muhammad Azman bin Jamrus, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1, para pegawai kehakiman dan kakitangan Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah.

Kompleks Mahkamah Baharu Kota Kinabalu ini didirikan di atas tanah seluas 6.25 ekar di Jalan Shariff Osman off Jalan Kolam di Kota Kinabalu, Sabah. Projek ini diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10) yang melibatkan kerja-kerja pembinaan sebuah bangunan baru dengan skop projek 16 bilik bicara iaitu 1 Mahkamah Persekutuan, 3 Mahkamah Tinggi, 6 Mahkamah Sesyen dan 6 Mahkamah Majistret. Projek yang dimulakan pada 22 Julai 2014 ini mengambil masa selama 30 bulan dan siap sepenuhnya pada 1 April 2017.

OFFICE OF THE CHIEF REGISTRAR
Federal Court of Malaysia, Istana Kehakiman,
Precint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Fax 03 8880 3886
Email webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Now you can browse Official Website of Chief Registrar's Office Federal Court of Malaysia mobile version via Smartphone with official website QR Code

 

Best viewed using latest browser with resolution 1024 x 768 pixel.