ANUGERAH INOVASI JABATAN PERDANA MENTERI 2018

Sempena Hari Inovasi Dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri tahun 2018 pada 8 November 2018 yang diadakan di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) telah menghantar sebanyak 5 projek inovasi yang terdiri daripada:

(i) Sistem Pengurusan Probet dan Pentadbiran Harta Pusaka [Mahkamah Kuala Lumpur];
(ii) Library 2U [Cawangan Perpustakaan, Bahagian Pengurusan];
(iii) ePengurusan Kes Daftar Lewat Kelahiran (ePKDLK) [Mahkamah Negeri Sabah];
(iv) “e-Traffic Solution” (Projek Penjanaan Minit Prosiding Serta Waran Tangkap Berkelompok Secara Automasi Bagi Kes Saman Trafik Dalam Sistem CMS Dan Integrasi Data Dan Dokumen Dengan Sistem Mycops (PDRM)) [Bahagian e-Kehakiman]; serta
(v) Sistem eCourt Finance [Cawangan Kewangan, Bahagian Pengurusan]

Projek e-Traffic Solution telah memenangi Tempat Ketiga bagi Kategori Produk Harapan, Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri dan telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.00 dan Sijil Penyertaan sebagai hadiah.

Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Ismail Bin Hj. Bakar, Ketua Setiausaha Negara.

Setinggi-tinggitahniah diucapkan kepada Bahagian e-Kehakiman, PKPMP atas kemenangan tersebut.

OFFICE OF THE CHIEF REGISTRAR
Federal Court of Malaysia, Istana Kehakiman,
Precint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Fax 03 8880 3886
Email webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Now you can browse Official Website of Chief Registrar's Office Federal Court of Malaysia mobile version via Smartphone with official website QR Code

 

Best viewed using latest browser with resolution 1024 x 768 pixel.