Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 5.10.2020

Perkara : Iklan Jawatan Pekerja Sambilan Harian, Mahkamah Kuala Lumpur

 

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

 

YBhg. Datuk/ Dato’/Datin/ Tuan/ Puan,

IKLAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah meluluskan pelantikan seramai lima (5) orang Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Mahkamah Kuala Lumpur. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Iklan Jawatan Pekerja Sambilan Harian tersebut untuk makluman YBhg. Datuk / Dato' / Datin/ Tuan / Puan.

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Dato' / Datin/ Tuan / Puan berkaitan perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Unit Perkhidmatan & Perjawatan

Bahagian Pengurusan

b.p: Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur