Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

 

Tarikh : 16.10.2020

Perkara : Hebahan Arahan Pentadbiran Bilangan 5 Tahun 2020 : Garis Panduan Bertugas Bagi Pegawai Jabatan Perdana Menteri Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

 

YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.      Bersama-sama ini disertakan Arahan Pentadbiran Bilangan 5 Tahun 2020 : Garis Panduan Bertugas Bagi Pegawai Jabatan Perdana Menteri Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang jelas menerangkan maksudnya untuk perhatian YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan jua.  Arahan pentadbiran ini bertujuan memaklumkan garis panduan bertugas  bagi pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020.

 

3.       Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Bahagian Pengurusan

b.p. Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur