Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

 

Tarikh : 14.10.2020

Perkara : Arahan Untuk Sentiasa Berada Di Stesyen Dan Larangan Pulang Ke Kampung Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

No. Ruj. : MKL.100-20/1/1 ( 58 )

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBhg.Datuk / Dato'/ Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

 2.   Dimaklumkan bahawa sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 12 Oktober 2020 telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikenakan semula ke atas Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020. Selaras dengan pengumuman itu, pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA.SARAAN(S)256/6/31 JLD.6 (6) bertarikh 2 Mei 2020, Ketua Jabatan boleh mempertimbang dan memberi kelonggaran kepada sebahagian pegawai untuk bekerja menggunakan waktu kerja fleksi dan sebahagian untuk bekerja di rumah sama ada secara penggiliran atau sepenuh masa agar penggunaan sumber manusia adalah optimum.

 

3.      Dalam perkara ini, bagi pegawai yang diarah untuk bekerja dari rumah, perkara perkara berikut hendaklah dipatuhi sewajarnya iaitu :

 

3.1 - sentiasa berada di rumah (stay at home) dalam tempoh waktu pejabat yang ditetapkan oleh Kerajaan;

 

3.2 - Sentiasa bersedia sekiranya diarah oleh Ketua Jabatan untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi yang ditetapkan;

 

3.3 - Memastikan pegawai / kakitangan sentiasa boleh dihubungi sepanjang tempoh waktu bekerja.

 

4.      Selain itu, YBhg.Datuk / Dato'/ Datin / Tuan / Puan juga diingatkan agar tidak pulang ke kampung semasa tempoh PKPB bagi mengelakkan terkandas untuk kembali ke stesyen. Kegagalan untuk kembali bertugas setelah diarahkan akan menyebabkan YBhg.Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

 

Kerjasama pihak YBhg.Datuk /Dato'/Datin /Tuan /Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 Saya yang menjalankan amanah,

                          t.t                     

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur