Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 7.1.2021

Perkara : Hebahan Penggunaan Letterhead E-Mel Baharu Bagi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

 

YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan,

 

HEBAHAN PENGGUNAAN LETTERHEAD E-MEL BAHARU BAGI PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKTUAN MALAYSIA

 

Dengan segala hormatnya rantaian emel bertarikh 5 Januari 2021 daripada Bahagian Pengurusan atas arahan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan adalah saling berkaitan.

 

2.  Sepertimana YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan sedia maklum, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan telah mengarahkan letterhead e-mel bagi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) dikemaskini.  Lanjutan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon:

  • maklumat nombor faks digugurkan;
  • digantikan dengan maklumat alamat e-mel setiap Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah (rujuk lampiran A);
  • Contoh Letterhead  adalah seperti berikut:
  • img

img

3.  Justeru, bersama-sama ini disertakan letterhead e-mel yang telah diluluskan oleh Ketua Pendaftar untuk kegunaan rasmi warga Mahkamah Kuala Lumpur.  Penggunaan letterhead e-mel baharu ini adalah berkuatkuasa dengan serta-merta. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah dipanjangkan kepada Bahagian Pentadbiran di talian sambungan 4018/4022.

 

4.   Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

                 t.t

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

Pengarah 

Mahkamah Kuala Lumpur

Lampiran A

imgimgimg