Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 6.1.2021

Perkara : Pemakluman Pemberian Subsidi Bagi Kakitangan Yang Menghantar Anak Ke Taska Mahkamah Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan,

 

PEMAKLUMAN PEMBERIAN SUBSIDI BAGI KAKITANGAN YANG MENGHANTAR ANAK KE TASKA MAHKAMAH KUALA LUMPUR

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) telah meluluskan penubuhan Taska Qistina Mahkamah Kuala Lumpur pada 16 Disember 2020. Sehubungan itu, selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 38 Tahun 2013, kakitangan yang berkelayakan boleh memohon subsidi tersebut sejumlah RM180.00 bermula dari bulan Januari 2021.

 

3.        Sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan boleh menghubungi Puan Yusniza binti Yahaya di talian 03 - 6209 4018 bagi penjelasan lanjut. Bersama-sama ini  disertakan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 38 Tahun 2013 untuk makluman YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan.                            

 

Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Datin / Tuan / Puan  dalam perkara ini amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur