Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

 

Tarikh : 7.1.2021

Perkara : Ulang Siar Hebahan Penamatan Penggunaan Mesin Faksimile Sebagai Medium Komunikasi Di Mahkamah-Mahkamah Seluruh Malaysia

 

Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera

 

YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan,

 

ULANG SIAR HEBAHAN PENAMATAN PENGGUNAAN MESIN FAKSIMILE SEBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI DI MAHKAMAH-MAHKAMAH SELURUH MALAYSIA

 

Dipanjangkan semula e-mel YBrs. Tuan Ketua Pendaftar berkenaan penamatan penggunaan mesin faksimile dan penggunaan e-mel rasmi sepenuhnya mulai 4 Januari 2021 untuk diambil perhatian dan tindakan.

 

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

                     t.t.

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

 

----------------------------------------------------------------

YBhg. Dato’/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.     Sebagaimana yang YBhg. Dato’/Tuan/Puan sedia maklum, bermula 4 Januari 2021, penggunaan mesin faksimile sebagai medium komunikasi akan ditamatkan di Mahkamah-mahkamah seluruh Malaysia. Sebagai ganti, e-mel rasmi setiap Mahkamah, Bahagian dan Unit yang berkaitan akan digunakan berdasarkan senarai seperti di Lampiran A.

 

3.       Susulan pendekatan baharu ini, PKPMP telah menyediakan garis panduan berhubung dengan penggunaan dan pentadbiran e-mel rasmi yang perlu diikuti (Lampiran B). Selanjutnya, YBhg. Dato’/ Tuan/Puan hendaklah memastikan perkara berikut dilaksanakan:

 

(a)        kepala surat rasmi (letterhead) Mahkamah perlu mengandungi e-mel rasmi Mahkamah manakala nombor faksimile sedia ada dikeluarkan;

 

(b)        memaklumkan kepada Pentadbir E-mel Negeri sekiranya terdapat perubahan Mahkamah / tempat bertugas; dan

 

(b)    membuat persediaan pelupusan aset bagi mesin faksimile mengikut AM 2.7 Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan: Pelupusan (dilampirkan).

 

4.     Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Dato'/Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

 

(a)          Encik Yusri Hakim bin Yeop (Teknikal)

Penolong Pengarah

Bahagian Teknologi Maklumat

03-88804107 / yusrihakim@kehakiman.gov.my

 

(b)          Puan Norhayati binti Ahmad Puad (Pengurusan)

Penolong Pengarah

Bahagian Pengurusan

03-88803924/ norhayatipuad@kehakiman.gov.my

 

(c)           Puan Zuzita binti Abdul Hamid (Pelupusan Aset)

Penolong Pegawai Tadbir

Bahagian Pengurusan

03-88803977/ zuzita@kehakiman.gov.my

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

t.t.

(AHMAD TERRIRUDIN BIN MOHD SALLEH)

Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

 

Lampiran A

 

imgimgimg