Mahkamah Pendatang Tanpa Izin (PATI) Kuala Lumpur
PDF version

Mahkamah Pendatang Tanpa Izin (PATI) Kuala Lumpur telah mula beroperasi sejak 16hb Ogos 2016. Mahkamah ini terletak di Jabatan Imigresen Malaysia di dalam bangunan Kompleks Kementerian Dalam Negeri Kuala Lumpur. Terdapat dua buah Mahkamah Terbuka disediakan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

 

Hari persidangan bagi Mahkamah PATI Kuala Lumpur ditetapkan pada hari Selasa dan Khamis setiap minggu. Persidangan mahkamah ini adalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang dilantik dan Tuan Harmi Thamri bin Mohamad @ Shaharudin telah mula bertugas sejak ia dibuka sehingga hari ini.

Mahkamah ini juga dibantu oleh seorang Penolong Pendaftar, dua orang jurubahasa, seorang Penolong Tadbir Undang-undang dan seorang Pemandu Kenderaan. Selain itu juga, Jabatan Imigresen telah melantik beberapa pegawai dari Jabatan Imigresen Malaysia bagi membantu dan berkerjasama dalam menguruskan hal-hal pentadbiran kes Mahkamah PATI Kuala Lumpur.

Pihak pendakwaan bagi Mahkamah PATI Kuala Lumpur diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya Puan Suriani binti Ujang dan dibantu oleh Pegawai-pegawai Pendakwa yang dilantik.

 

 

 


Sehingga hari ini, kira kira 905 kes telah di daftarkan di Mahkamah PATI Kuala Lumpur sejak ia dibuka.

 

Total visitors to the Portal : 242,231
Last updated : 25 September 2017