Workshop On Computer Forensic For Judges
PDF version

Pada 23.2.2017, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah menganjurkan kursus 'Workshop on Computer Forensic For Judges' di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.


Bengkel ini dihadiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Tinggi Shah Alam. Hakim-hakim Mahkamah Sesyen juga menyertai Workshop ini yang telah diadakan di Bilik Mawar, Tingkat 7, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.


Ceramah telah disampai oleh :

1.  Y.A. Dato' Haji Abdul Halim bin Aman, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam

2.  Mr Thomas Dougherty, Regional Legal Advisor for Cybercrime, U.S. Department of Justice, U.S. Embassy-Kuala  Lumpur

3.  Mr Daniel Ogden, Senior Digital Investigative Analyst with the Computer Crime & Intellectual Property Section, Cybercrime dari U.S. Embassy-Kuala Lumpur.

 
Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dalam Keterangan Digital dan Forensik Komputer. Ia juga mendedahkan pelaksanaan pengesanan Internet Protocol Address, Meta Data, Hash Values dan memahami keterangan dari Social Network termasuk Darkweb.

Total visitors to the Portal : 254,984
Last updated : 24 November 2017