Gimnasium MKL Fitness telah dibuka kepada warga MKL
PDF version

Warga Mahkamah Kuala Lumpur sungguh bergembira dan berbesar hati dengan penubuhan Bilik Gimnasium yang dibuka secara rasminya pada 9.3.2017.

 

Majlis Perasmian Bilik Gimnasium ini yang juga dikenali sebagai MKL FITNESS telah disempurnakan oleh YAA Tun Dato' Seri Arifin bin Zakaria (Dato' Lela Negara), Ketua Hakim Negara.

 

MKL Fitness ini terletak di Aras 7 yang menyediakan kemudahan peralatan kecergasan dan senaman yang terkini. Ini amat berguna kepada warga Mahkamah Kuala Lumpur bagi menambah mutu kesihatan dan menjadi suatu wadah untuk meningkatkan kualiti kerja.

 

Semoga dengan penubuhan bilik MKL FITNESS bukan sahaja bagi menambah tahap kesihatan tetapi menjadi suatu aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan antara warga Mahkamah Kuala Lumpur.

Total visitors to the Portal : 230,704
Last updated : 25 July 2017