Majlis Persaraan YAA Tun Dato' Seri Arifin Bin Zakaria
PDF version

Majlis Persaraan YAA Tun Dato' Seri Arifin bin Zakaria (Dato' Lela Negara) Ketua Hakim Negara peringkat Mahkamah Kuala Lumpur telah diadakan pada 9.3.2017.

 

Majlis ini diserikan  dengan kehadiran YAA Tan Sri Dato' Seri Md Raus Bin Sharif, Presiden Mahkamah Rayuan,  YAA Tan Sri Dato' Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin, Hakim Besar Malaya, YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Hakim Besar Sabah & Sarawak, YA Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan YA Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.



YAA Tun Dato' Seri Arifin bin Zakaria telah mula berkhidmat pada tahun 1976 sebagai Majistret. Beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada tarikh 1.3.1992. Kemudian pada tahun 1994 beliau telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya. Pada tahun 2002 dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan pada tahun 2005 dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Perlantikan beliau sebagai Ketua Hakim Negara adalah pada 12.09.2011.


Majlis gilang gemilang ini juga telah dihadiri oleh Ketua Pendaftar YBhg. Dato' Sri Latifah binti Hj. Mohd Tahar dan Pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Pegawai-pegawai Mahkamah Kuala Lumpur juga turut dijemput ke Majlis ini dan telah membuat Persembahan Khas seperti nyanyian solo dan persembahan berkumpulan.


Majlis disudahi dengan acara bergambar bersama YAA Tun Dato' Seri Arifin bin Zakaria bersama Hakim-hakim dan pegawai-pegawai Mahkamah Kuala Lumpur.

Total visitors to the Portal : 254,989
Last updated : 24 November 2017