Sekatan Bayaran Potongan Gaji Penjawat Awam
PDF version

Ruj. Kami : JK(02)269 Jilid 20 Bil (64)

Tarikh: 13 April 2017

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & salam sejahtera.

  

YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

 

SEKATAN BAYARAN POTONGAN GAJI PENJAWAT AWAM SEHINGGA MAKSIMUM 60% DARI JUMLAH GAJI KASAR MELALUI SISTEM GAJI BERKOMPUTER JANM MULAI APRIL 2017

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan makluman di laman web ePenyata Gaji dan Laporan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) seperti di link https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx adalah berkaitan.

 

2.     Adalah dimaklumkan mulai April 2017, JANM akan melaksanakan sekatan bayaran potongan gaji Penjawat Awam sehingga maksimum 60% dari jumlah gaji kasar melalui sistem gaji berkomputer JANM. Pegawai awam adalah bertanggungjawab untuk mengurus sendiri sebarang pembayaran potongan gaji yang tidak dapat dibuat potongannya melalui sistem gaji. Arahan ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan yang telah diadakan pada 5 April 2017.

 

3.       Semua PTJ diminta menyampaikan pelaksanaan ini kepada semua pegawai dan kakitangan di bawah Pusat Pembayaran Gaji Tuan/Puan. Pegawai diminta untuk menyemak slip gaji bulanan dan juga memastikan bayaran kepada agensi pemiutang dibayar sendiri untuk mengelakkan kes Insolvensi.

 

4.        Perhatian yang diberikan berhubung perkara ini adalah sangat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menurut perintah,


Rashidah Binti Md Rasib C.A.(M), CPFA

Seksyen Kewangan

Cawangan pengurusan Kewangan

Bahagian Pengurusan

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan

Tel    : 03 -  8880 4256

Faks : 03 – 8880 3891

Total visitors to the Portal : 221,063
Last updated : 30 May 2017