Pemakluman Mengenai Pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya
PDF version

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

  

YBhg. Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,


PEMAKLUMAN MENGENAI PELANTIKAN KETUA HAKIM NEGARA, PRESIDEN MAHKAMAH RAYUAN DAN HAKIM BESAR MALAYA

 

Dengan hormatnya saya diarah untuk merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

 

2.         Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, YAA Tan Sri Md Raus bin Sharif dilantik sebagai Ketua Hakim Negara manakala YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Ahmad Makinudin dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad bin Haji Maarop dilantik sebagai Hakim Besar Malaya. Kesemua pelantikan ini berkuat kuasa pada 1 April 2017.

 

3.         Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia sebagai Ketua Hakim Negara telah selamat berlangsung di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 3 April 2017 di Istana Negara manakala Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia  sebagai  Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya pula telah diadakan pada  hari yang sama di Mahkamah Terbuka 1, Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman.

 

Sekian untuk hebahan dan makluman.

 

 

SUZARIKA BINTI SAHAK

Timbalan Pengarah
Unit Komunikasi Korporat

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman Putrajaya​

Total visitors to the Portal : 230,704
Last updated : 25 July 2017