Latihan Penggunaan Sistem e-Kehakiman Fasa 2 [13.6.2017]
PDF version

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) akan melaksanakan sistem e-Kehakiman Fasa 2 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur mulai 13 Jun 2017 (Selasa).

 

Sehubungan dengan itu, satu sesi latihan penggunaan Sistem eKehakiman Fasa 2 telah diadakan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebagai persediaan untuk pengguna Mahkamah menggunakan sistem tersebut mulai 7 Jun 2017 (Rabu) hingga 9 Jun 2017 (Jumaat). 

 

Peserta-peserta adalah terdiri daripada Y.A. Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret, Pegawai-pegawai Kehakiman dan kakitangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.  Taklimat ini telah memberi manafaat kepada yang hadir bagi mendedahkan tatacara penggunaan e-Kehakiman Fasa II ini.

Total visitors to the Portal : 247,592
Last updated : 22 October 2017