Sesi Perkongsian Ilmu Bil. 1/2017 [15.6.2017]
PDF version

SESI PERKONGSIAN ILMU BIL. 1/2017    [15.6.2017]

"PELUPUSAN KES: CARA MUDAH DAN EFEKTIF"

Suatu diskusi antara pegawai dari Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret telah dijalankan pada 15.6.2017 bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam cara pelupusan kes. Perbincangan ini dimulakan dengan Taklimat disampaikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Awang Kerisnada bin Awang Mahmud dan diikuti dengan perbincangan bersama antara Hakim Mahkamah Sesyen dan juga Majistret dari Bahagian Sivil dan Jenayah.

 

Perbincangan ini telah diadakan di Bilik Mawar Aras 7, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 1.00 – 2.30 petang. Perbincangan santai ini lebih cenderung kepada bagaimana cara yang mudah dan berkesan dalam mengendalikan kes supaya ia berjalan dengan teratur dan adil.

 

Taklimat ini diakhiri dengan ucapan ringkas dari Tuan Ahmad Kamar bin Jamaludin, Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur yang mana beliau mengaharpkan diskusi sebegini akan berterusan dari masa ke semasa dan menjadi platform pegawai-pegawai berkongsi pandangan dan pengalaman dalam menantangani sesuatu isu di dalam pengendalian kes di Mahkamah Terbuka.

Total visitors to the Portal : 247,592
Last updated : 22 October 2017