Pendaftaran Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya
PDF version

Adalah dimaklumkan bahawa YBhg. Dato’ Sri Ketua Pendaftar telah mengarahkan semua warga kerja PKPMP yang telah layak mendaftar sebagai Pemilih untuk berbuat demikian dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya pada kadar SEGERA. Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

(a) Seorang warganegara Malaysia;

(b) Telah mencapai umur 21 tahun;

(c) Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan

(d) Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

 

Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan perlu:

(a)

 

Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;

(b)

 

Menyerahkan kad pengenalan kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran;

(c)

 

Menyemak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan sebelum menurunkan tandatangan;

(d)

 

Menurunkan tandatangan selepas berpuas hati; dan

(e)

 

Mendapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

 

Pemantauan terhadap perkara ini akan dilaksanakan oleh setiap Pengarah Negeri, Ketua Bahagian dan Ketua Pusat Kos. Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal melaksanakan arahan ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

ZAMRI BIN MISMAN

Pengarah Pengurusan

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

Jabatan Perdana Menteri

Total visitors to the Portal : 247,592
Last updated : 22 October 2017