Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) PKPMPM Versi 2.0 [24.8.17]
PDF version

Y.Bhg Datuk/Dato’ Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

AKUAN PEMATUHAN DASAR KESELAMATAN ICT (DKICT)  PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (PKPMPM) VERSI 2.0

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 2. Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Arahan Pentadbiran Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2015, semua warga Mahkamah Kuala Lumpur perlu mematuhi DKICT PKPMPM Versi 2.0 ini. Seperti yang dinyatakan dalam email di bawah daripada Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), YBhg Datuk/Dato' Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan dimohon untuk melengkapkan Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT PKPMPM seperti yang disertakan bersama email ini. Walau bagaimanapun, ruangan Pegawai Keselamatan ICT(ICTSO) dan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) hendaklah dibiarkan kosong.           [Klik sini untuk Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT PKPMPM versi 2.0]

3. Semua Surat Akuan yang telah lengkap diisi, perlu diserahkan ke Unit Bantuan ICT selewat-lewatnya pada 28 Ogos 2017 (Isnin) untuk diselaraskan sebelum dihantar ke BTM, PKPMPM.

 

Kerjasama YBhg Datuk/Dato' Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan dalam menjayakan perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

 Sekian.

 "Saya yang menurut perintah"

(Sherilyn Emariza binti Shariffuddin)

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan, MKL

Total visitors to the Portal : 242,224
Last updated : 25 September 2017