Pengemaskinian Data Dalam Sistem E-Latihan [27.9.17]
PDF version

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,

Tuan / Puan,

 

PENGEMASKINIAAN DATA DALAM SISTEM E-LATIHAN

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Sepertimana Tuan / Puan sedia maklum Aplikasi e-Latihan adalah satu inisiatif untuk memperkemaskan lagi pengurusan latihan yang merangkumi proses-proses yang melibatkan permohonan dan jemputan latihan , pengemaskinian dan perekodan kehadiran latihan di kalangan pegawai dan kakitangan Mahkamah. Pelaksanaan sistem ini juga adalah merupakan transisi pengurusan latihan secara manual kepada kaedah atas talian yang lebih mesra pengguna, mudah diselenggara dan menjadi saluran komunikasi penyampaian maklumat latihan yang boleh dicapai oleh semua warga Mahkamah. Aplikasi e-Latihan boleh dicapai melalui URL http://elatihan.kehakiman.gov.my  

 

3.         Walau bagaimanapun, berdasarkan semakan oleh pentadbir e-Latihan MKL masih terdapat pegawai dan kakitangan yang tidak menggunapakai sepenuhnya sistem ini dan tidak mengemaskini maklumat profil pengguna serta maklumat tempat bertugas (Bagi pegawai / kakitangan yang baru bertukar masuk ke MKL).

 

4.         Sehubungan itu, semua pegawai dan kakitangan adalah DIWAJIBKAN untuk sentiasa mengemaskini rekod kehadiran kursus selepas selesai menghadiri sebarang kursus.  Tuan / Puan dikehendaki mengemaskini e-latihan masing-masing sebelum atau pada 30 September 2017. Diharapkan Tuan / Puan melaksanakan arahan ini dengan kadar segera agar aplikasi e-Latihan digunapakai sepenuhnya.

 

5.         Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Noryati binti Ahmad di talian samb. 4021 / Noor Azam bin Adnan di talian samb. 2026. Bersama-sama ini disertakan Manual Pengguna sebagai panduan untuk mengemaskini maklumat peribadi dan buku log dalam sistem e-Latihan.

 

6.        Perhatian dan kerjasama Tuan / Puan dalam perkara amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

 

 AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

 

 

 

Total visitors to the Portal : 247,592
Last updated : 22 October 2017