Bahagian Latihan Dan Pembangunan Kapasiti Kehakiman

FUNGSI

  • Meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan kualiti perkhidmatan pegawai kehakiman dan kakitangan sokongan dengan menjalankan latihan kehakiman yang berkaitan;
  • Merangka dan mengemaskini kurikulum latihan kehakiman yang relevan dan dinamik dengan menjalankan penyelidikan berkaitan isu perundangan;
  • Menjalankan kajian yang berkaitan dengan keperluan latihan (training need analysis) dan analisis impak kepada organisasi dan juga pegawai kehakiman supaya kurikulum latihan kehakiman yang dinamik, relevan serta seiring dengan perkembangan sistem perundangan negara dapat dilaksanakan;
  • Merancang dan mengendalikan program latihan/seminar/bengkel kepada semua pegawai kehakiman dan juga kakitangan sokongan. Program latihan/seminar/bengkel sepanjang tahun disediakan bagi memudahkan pegawai kehakiman dan juga kakitangan sokongan memilih latihan/seminar/bengkel yang akan mereka hadiri. Pegawai kehakiman boleh membuat permohonan untuk menghadiri kursus melalui e-Latihan;
  • Menjalinkan kerjasama secara perkongsian maklumat dan kemahiran dengan pelbagai agensi yang berkaitan di dalam menjalankan program latihan/seminar/bengkel bagi meningkatkan kepakaran dalam membangunkan modal insan PKPMP;
  • Memastikan kelancaran program latihan/seminar/bengkel yang dianjurkan;
  • Memantau keberkesanan program latihan/seminar/bengkel yang telah dianjurkan;
  • Memantau rekod kehadiran kursus pegawai kehakiman supaya pencapaian kehadiran menghadiri kursus 7 hari setahun dapat dicapai;
  • Menyelaras permohonan kursus anjuran ILKAP dan agensi-agensi lain;
  • Mengenalpasti pegawai kehakiman yang berpengalaman untuk menyampaikan ceramah bagi kursus anjuran ILKAP dan agensi-agensi lain;
  • Menyedia, menyelaras dan memantau belanjawan ULPKK;
  • Menyelaras permohonan pengajian pegawai/kakitangan PKPMP untuk Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) – Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa / Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa dan Hadiah Latihan Separa Biasiswa (HLSB)
  • Menyelaras permohonan kursus/latihan pegawai/kakitangan PKPMP untuk Central Officials Training Institute (COTI) dan Japan International Cooperation Agency (JICA)
  • Menguruskan permohonan Latihan Dalam Industri (Praktikal) untuk ditempatkan di PKPMP.
  • Mengendalikan urusan perjalanan pergi dan pulang Y.A. Hakim/Pegawai yang menjalani latihan di luar negara.

English