Bahagian Pelaporan Undang-Undang

PENGENALAN

Bahagian Pelaporan Undang-undang telah diwujudkan sebagai satu Bahagian di bawah Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan sejak 22 Ogos 2013. Pada masa kini, terdapat seorang Pengarah Bahagian Gred Khas C, seorang Timbalan Pengarah Bahagian Gred Khas C, seorang Timbalan Pendaftar Kanan Gred L54, seorang Timbalan Pendaftar Kanan Gred L54 (Memangku), seorang Timbalan Pendaftar Gred L48, seorang Penolong Kanan Pendaftar Gred L41 Kontrak dan seorang Penolong Pendaftar Gred L29 ditempatkan di Bahagian ini. Bahagian ini melapor terus kepada Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (Polisi) dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Lokasi penempatan Bahagian ini ialah di Tingkat 7 dan 8 Kompleks Mahkamah Kajang.

FUNGSI

1. Tugas utama Bahagian Pelaporan Undang-Undang, ialah untuk menjadi urusetia kepada pengumpulan Alasan Penghakiman Mahkamah Rendah untuk dinilai oleh para ahli panel penilai bagi menentukan pemarkahan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Bahagian ini juga akan menyimpan rekod senarai Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret yang telah menghantar atau tidak menghantar Alasan Penghakiman setiap bulan untuk tujuan latihan, kenaikan pangkat dan perkara lain.

2. Tambahan itu, Bahagian Pelaporan Undang-Undang, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan ditubuhkan untuk menjadi urusetia kepada Panel yang dilantik untuk memilih dan menyenarai pendek alasan penghakiman sivil dan jenayah di kalangan Hakim dan Majistret Mahkamah Rendah untuk diterbitkan dan juga diedarkan kepada beberapa Penerbit Jurnal Undang-Undang terpilih di dalam Negara.

3. Selain itu, Bahagian ini juga berfungsi mewujudkan arkib dan Pusat Pendaftaran berpusat bagi Alasan Penghakiman Sivil dan Jenayah oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rendah sebagai sumber rujukan masa hadapan.

English