Bahagian Pengantara Dan Pelaksanaan Kehakiman

Fungsi Bahagian Pengantara (Mediasi) dan Pelaksanaan Kehakiman [BPPK]

Bahagian Pengantara (Mediasi) dan Pelaksanaan Kehakiman Mahkamah Persekutuan Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Jun 2016. BPPK adalah di bawah seliaan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Bahagian ini diterajui oleh Dato’ Che Wan Zaidi bin Che Wan Ibrahim yang juga bertindak sebagai Pengarah Pusat Mediasi Kuala Lumpur.

Fungsi BPPK:

(a) Menubuhkan Pusat Mediasi dan Unit Pelaksanaan Kehakiman di setiap Mahkamah Negeri;

(b) Menyediakan latihan, bimbingan dan khidmat nasihat berkenaan dengan pengurusan Pusat Mediasi setempat dan Unit Pelaksanaan Kehakiman;

(c) Menetapkan dasar-dasar dan polisi berkenaan dengan tatacara mediasi dan pelaksanaan bagi Pusat Mediasi dan Unit Pelaksanaan Kehakiman;

(d) Mengawal selia operasi Pusat Mediasi dan Unit Pelaksanaan Kehakiman;

(e) Menjadi pusat pengumpulan data dan informasi yang berkaitan dengan Pusat Mediasi dan Unit Pelaksanaan Kehakiman bagi Mahkamah-Mahkamah seluruh Malaysia.

English