Unit Integriti

LATAR BELAKANG

Unit Integriti, Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah diwujudkan selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam seperti yang dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (PP6/2013) ‘Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam’ yang mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013

Enam (6) fungsi teras :

Tadbir Urus;
Pengukuhan Integriti;
Pengesanan & Pengesahan;
Pengurusan Aduan;
Pematuhan; dan
Tatatertib

FUNGSI

Enam (6) fungsi utama Unit Integriti, Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia adalah seperti berikut
1. Tatatertib
• Menjadi urus setia dan melaksanakan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Lembaga Tatatertib sehingga kes selesai;
• Membuat tapisan tatatertib keutuhan ke atas urusan perkhidmatan , kenaikan pangkat dan darjah kebesaran;
• Memproses kelulusan penglibatan dalam politik;
• Memproses kebenaran permohonan Tanah kerajaan; dan
• Mengumpul data-data kes tatatertib di peringkat Bahagian dan negeri.
2. Pengukuhan Integriti
• Memastikan pelaksanaan dan penginstitusian nilai-nilai integriti dalam organisasi;
• Memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan pencegahan dan pendidikan; dan
• Memastikan kod etika jabatan dipatuhi;
3. Pengurusan Aduan
• Menerima dan memastikan tindakan diambil terhadap semua maklumat atau aduan salah laku tatatertib dan salah laku jenayah (disalurkan ke agensi penguatkuasa) oleh kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia di semua peringkat.
4. Pematuhan
• Memastikan pematuhan ke atas peraturan pentadbiran, kewangan dan undang-undang yang berkuatkuasa; dan
• Mengenal pasti penambahbaikan dasar dan peraturan yang sedang berkuatkuasa di Kementerian Pendidikan Malaysia.
5. Pengesanan dan Pengesahan
• Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku atau pelanggaran integriti; Menyelaras pelaksanaan penyiasatan aduan atau kes salah laku tatatertib;
• Melaporkan kes bersifat jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab; dan
• Mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia tatatertib. - *sekiranya berkaitan
6. Tadbir Urus
• Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di Kementerian Pendidikan Malaysia;
• Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU), Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia.

OBJEKTIF

Untuk menyepadukan semua pengurusan yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan secara lebih fokus, terancang, efisen dan mencapai keberhasilan yang optimum.

HUBUNGI KAMI

English