UNIT PESURUHJAYA SUMPAH, MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

PENGENALAN
Unit Pesuruhjaya Sumpah Mahkamah Persekutuan Malaysia adalah berfungsi sebagai Unit untuk menguruskan Hal Ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisen, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada imej Badan Kehakiman Malaysia. Unit Pesuruhjaya sumpah turut menjalankan fungsi untuk mengadakan temuduga/peperiksaan bagi pengambilan PJS pada setiap tahun menjadikan jumlah PJS meningkat pada saban tahun.

OBJEKTIF

Menguruskan hal ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisyen, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah yang secara tidak langsung menyumbang kepada bidang kehakiman.

VISI

Menjadi sebuah bahagian pentadbiran yang cekap dan dihormati

MISI

Memastikan segala urusan pentadbiran hal ehwal Pesuruhjaya Sumpah dilaksanakan
selaras dengan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993.

FUNGSI

Pelantikan – Unit Menguruskan pelantikan Pesuruhjaya Sumpah baru bagi semua kategori Pegawai Awam, Peguambela Peguamcara dan Persendirian pada setiap tahun.

Pelantikan Semula – Menguruskan permohonan pelantikan semula Pesuruhjaya Sumpah yang telah tamat tempoh pelantikan setelah diluluskan oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara.

Buku Daftar – Melaksanakan pemantauan terhadap buku daftar Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia.

Siasatan- Menjalankan siasatan terhadap Aduan yang dibuat oleh Orang Awam terhadap Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia

English