Rumah Kuning

 

 

 

______________________________________________________________________________

Tarikh : Disember 2018

Perkara : Latihan Karom & Dart

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 10.12.2018

Perkara : Perjumpaan Rumah Sukan Kuning Dan Pembayaran Kutipan Sumbangan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dato’/Tuan/Puan,

 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa suatu perjumpaan antara semua ahli Rumah Sukan Kuning (kecuali YA-YA Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman) akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

 

Tarikh            :           12 Disember 2018 (Rabu)

Masa             :           2.30 petang – 3.15 petang

Tempat          :           Ruang Legar Perpustakaan MKL Aras 7

 

3. Sila ambil maklum bahawa kehadiran adalah diwajibkan. Senarai nama ahli Rumah Kuning adalah disertakan untuk tujuan rujukan dan semakan. Pohon kerjasama semua untuk mematuhi masa yang telah diperuntukkan kerana selepas itu perjumpaan akan dibuat oleh ahli-ahli Rumah Sukan lain pula.

 

4. Selanjutnya, sila juga pastikan Dato’/Tuan/Puan semua mengambil tindakan segera untuk membuat pembayaran kutipan sumbangan yang telah ditetapkan kepada Pegawai-Pegawai berikut:

 

i)                 Puan Manira binti Mohd Noor, Hakim Mahkamah Sesyen;

ii)                Puan Rahni Kartini binti Abd. Rahim, Majistret; dan

iii)               Puan Nor Aqilah binti  Abdul Halim, Penolong Kanan Pendaftar.

 

5. Perhatian dan kerjasama Dato’/Tuan/Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai.

 

Terima kasih.

          

(AZURA BINTI ALWI)

Ketua Rumah Sukan Kuning

KSMKL 2019

Malay