Bahagian Dasar dan Perundangan

PENGENALAN
Bahagian Dasar dan Perundangan ialah suatu Bahagian yang melaksanakan tugasan menasihat dan menggubal apa-apa dasar dan perundangan sebagaimana arahan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP).

OBJEKTIF
Objektif Bahagian Dasar dan Perundangan ialah untuk melaksanakan dengan cekap dan berkesan arahan penyediaan dasar dan perundangan bagi PKPMP.

FUNGSI
Bahagian Dasar dan Perundangan dipertanggungjawabkan untuk memantau dan memastikan tugas berkaitan dasar dan perundangan PKPMP dijalankan dengan teratur mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan. Bahagian ini melaksanakan fungsi yang berikut—

(a) UNIT DASAR

1. Menyediakan dan menyemak pandangan undang-undang bagi isu undang-undang dalam menggubal dasar PKPMP;

2. Menyediakan Memorandum Jemaah Menteri (MJM)/ Nota Jemaah Menteri (NJM) bagi apa-apa kertas cadangan PKPMP dan menyediakan Ulasan MJM berkaitan dengan perkara dasar PKPMP;

3. Menyediakan maklum balas mengenai isu yang melibatkan dasar PKPMP kepada Kementerian/Jabatan/Agensi lain;

4. Menyediakan ulasan/pandangan ke atas draf Rang Undang-Undang (RUU) baru, draf RUU Pindaan dan Perundangan Subsidiari yang disediakan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi yang berkaitan dengan Badan Kehakiman Malaysia;

5. Mengkaji dan menjalankan penyelidikan tentang Arahan Amalan/ Pekeliling Ketua Pendaftar/Surat Pekeliling PKPMP;
6. Menyediakan dan menyemak draf memorandum persefahaman antara PKPMP dan agensi kerajaan/swasta;

7. Menyediakan kertas cadangan tentang hal perkara berkaitan dengan perkhidmatan Kehakiman, penubuhan Mahkamah/Tribunal Khas dan pembangunan organisasi PKPMP;

8. Sekretariat bagi Jawatankuasa Kerja Kaedah-Kaedah Mahkamah;

9. Sekretariat bagi Jawatankuasa Penyemakan Undang-Undang bagi PKPMP;

10. Menghadiri mesyuarat/perbincangan dan rundingan bersama semua Bahagian di PKPMP/Kementerian/ Jabatan/Agensi lain;

11. Menghadiri Sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebagai wakil PKPMP; dan

12. Melaksanakan apa-apa tugasan lain sebagaimana arahan dari semasa ke semasa.

(b) UNIT PERUNDANGAN

1. Menyediakan dan menyemak pandangan undang-undang dalam menggubal dasar PKPMP;

2. Menyediakan Ulasan MJM berkaitan dengan RUU;

3. Menyediakan maklum balas mengenai isu yang melibatkan perundangan kepada Kementerian/ Jabatan/ Agensi lain;

4. Menyediakan draf RUU baru, draf RUU Pindaan dan Perundangan Subsidiari yang berkaitan dengan Badan Kehakiman Malaysia;

5. Menyediakan ulasan/pandangan ke atas draf RUU baru, draf RUU Pindaan dan Perundangan Subsidiari yang berkaitan dengan Badan Kehakiman Malaysia;

6. Menggubal, menyemak dan mengkaji Arahan Amalan/ Pekeliling Ketua Pendaftar/Surat Pekeliling PKPMP;

7. Menyediakan jawapan bagi soalan lisan/bukan lisan Parlimen dan pandangan undang-undang yang berkaitan dengan isu perundangan yang dibangkitkan di Parlimen;

8. Menyelaras hal ehwal Parlimen yang melibatkan PKPMP sebagai focal person;

9. Menyediakan dan menyemak draf memorandum persefahaman antara PKPMP dan agensi kerajaan/swasta;

10. Menjalankan penyelidikan tentang kajian apa-apa perundangan yang berkaitan dengan bidang kuasa, tatacara, garis panduan dan proses kerja Mahkamah;

11. Sekretariat bagi Jawatankuasa Kerja Kaedah-Kaedah Mahkamah;

12. Menghadiri mesyuarat/perbincangan dan rundingan bersama semua Bahagian di PKPMP/Kementerian/ Jabatan/Agensi lain;

13. Menghadiri Sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebagai wakil PKPMP; dan

14. Melaksanakan apa-apa tugasan lain sebagaimana arahan dari semasa ke semasa.

English