Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 


YAA Dato' Rohana binti Yusuf
Presiden Mahkamah Rayuan
SPSK, DPSK

Yang Arif Dato’ Rohana binti Yusuf dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 09 Mei 1956. Yang Arif Dato’ lulus dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi LLB (Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1980, Diploma Undang-Undang dan Amalan Guaman Syariah (DSLP) dari Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 1992, dan Master of Comparative Laws (MCL) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1993.

 

Yang Arif Dato’ telah memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1980 sebagai Penolong Penggubal, Undang-Undang (Parlimen) di Jabatan Peguam Negara, dan kemudian pada tahun 1982 sebagai Pegawai Undang-Undang di Kementerian Pertahanan, dan seterusnya pada tahun 1986 sebagai Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara.  Kemudiaan Yang Arif Dato’ memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.  Yang Arif Dato’ telah bersara secara pilihan dalam perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selepas 18 tahun berkhidmat.

 

Yang Arif Dato’ mula memasuki sektor swasta pada tahun 1997 sebagai Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Syarikat, di Kumpulan UCM Industrial Corporation Berhad, dan sebagai Penasihat Undang-Undang dan Setiausaha Syarikat di International Bank Malaysia Berhad. 

 

Yang Arif Dato’ juga pernah mengamal undang-undang sebagai Rakan Kongsi di Tetuan GH Tee & Co pada tahun 2000. Sebelum menyertai Badan Kehakiman, Yang Arif Dato’ bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Perbankan Islam Dan Takaful, Bank Negara Malaysia pada tahun 2001 hingga 2005.

 

Yang Arif Dato’ telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur pada 1 September 2005 dan seterusnya sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, pada 17 April 2007.

 

Yang Arif Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 08 Januari 2013 dan pada 27 April 2018, Yang Arif Dato’ telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

 

Pada 25 November 2019, Yang Arif Dato’ telah dilantik untuk menjalankan Kuasa-kuasa dan Tugas-tugas Presiden Mahkamah Rayuan.

 

Yang Arif Dato’ dikurniakan 2 orang cahaya mata, Nor Alina binti Azmi dan Mohamad Rizal bin Azmi.


ALAMAT :
Pejabat Presiden Mahkamah Rayuan
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 5, Istana Kehakiman
Presint 3
62506 PUTRAJAYA

  +603 8880 3500 +603 8880 3595