FUNGSI TUGAS UNIT PENTADBIRAN AM DAN FAIL BAHAGIAN PENGURUSAN MAHKAMAH KUALA LUMPUR
- Bertanggungjawab dalam urusan perakam waktu, permohonan kad pengenalan jabatan , penyediaan laporan bulanan dan analisa kehadiran pegawai & kakitangan serta mengeluarkan surat tunjuk sebab bagi kehadiran yang lewat/tidak ketik tanpa kebenaran.
- Mengurus tadbir hal-hal berkaitan Mesyuarat dan penggunaan bilik-bilik mesyuarat /taklimat/ bilik ketua hakim/ bilik menunggu VVIP dan tempahan makanan untuk mesyuarat.
- Terlibat dalam keurusetiaan yang berkaitan fungsi/aktiviti/program Mahkamah Kuala Lumpur
- Menguruskan penempatan pelajar praktikal.
- Bertanggungjawab dalam penyediaan jadual tugas Pesuruhjaya Sumpah.
- Menguruskan / memproses permohonan insuran untuk pegawai dan kakitangan
- Mengurus tadbir fail /dokumen Bahagian Pengurusan dengan lebih sistematik.
- Mengurus pembelian dan perolehan (pembelian terus)seperti pakaian seragam , cop getah dan pelekat kenderaan untuk pegawai dan kakitangan dan keperluan YA Hakim seperti pinggan mangkuk
- Mengurus tadbir Taska Mahkamah Kuala Lumpur
- Mengurus tadbir kafetaria Mahkamah Kuala Lumpur
- Menyedia dan mengemaskini pelan lokasi terkini bilik-bilik Mahkamah Kuala Lumpur
- Menyedia dan mengemaskini buku panduan / direktori telefon
- Menguruskan lawatan daripada delegasi Luar negara dan lain –lain agensi
- Menguruskan Majlis Perhimpunan Bulanan untuk pegawai dan kakitangan