Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Bahagian Jenayah, Mahkamah Sesyen & Majistret Mahkamah Kuala Lumpur

  • Mahkamah Sesyen - Membicarakan semua kesalahan jenayah di dalam bidang kuasa Mahkamah Sesyen Jenayah (Seksyen 63 Akta Mahkamah Rendah 1948)
  • Mahkamah Majistret – Membicarakan semua kesalahan jenayah yang mana hukuman maksimanya tidak melebihi 10 tahun penjara atau dengan denda sahaja (Seksyen 85 Akta Mahkamah Rendah 1948)
  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen & Majistret Jenayah.
  • Menguruskan pendaftaran dan penyemakan kes-kes jenayah termasuk kes-kes komital ke Mahkamah Tinggi, Jenayah Komersil, Dadah, Jenayah Seksual, Rasuah, Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Saman Jabatan, Semakan Kehakiman, Permohonan Jenayah, kes-kes di bawah S. 108 KAJ, dan lain-lain yang berkaitan.
  • Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah, Waran Tangkap, Perintah untuk Mengemukakan, dan lain-lain yang berkaitan.
  • Menguruskan pemprosesan dan meluluskan urusan jaminan bagi kes-kes yang telah diberikan jaminan oleh Hakim dan Majistret.
  • Menandatangani dan meluluskan sapina untuk kehadiran saksi ke mahkamah bagi menghadiri perbicaraan.
  • Menguruskan kes-kes rayuan jenayah ke Mahkamah Tinggi.
  • Menguruskan Jadual Bertugas Pegawai dan anggota Mahkamah bagi urusan reman di bawah S. 117 KAJ, S. 4(1)(b) Akta Penagijh Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.
  • Menguruskan penyediaan statistik-statistik Mahkamah Sesyen & Majistret Jenayah.