Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia


YBrs. Tuan Ahmad Terrirudin Bin Mohd Salleh
Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia

YBrs. Tuan Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh dilahirkan pada 12 April 1968 di Negeri Kedah Darul Aman. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Malaya pada tahun 1992. YBrs. Tuan telah menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada tahun 1995.

 

YBrs. Tuan telah menjawat pelbagai jawatan pada awal perkhidmatan beliau antaranya Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Majistret di Mahkamah Majistret Sibu, Pegawai Khas kepada YAA Ketua Hakim Negara dan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

 

YBrs. Tuan juga pernah menjawat jawatan kanan di Jabatan Peguam Negara antaranya sebagai Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Timbalan Ketua Bahagian Guaman III (Pengurusan) dan Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah.

 

Pada 3 Mei 2019, YBrs. Tuan telah dilantik sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

 

YBrs. Tuan telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Zarina binti Idris dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

 

ALAMAT :
Ketua Pendaftar
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 3, Istana Kehakiman
Presint 3
62506 PUTRAJAYA

 +603 8880 3782  +603 8880 3886
 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.