Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

PENGENALAN PORTAL e-LOKASI

Sebagai satu langkah dalam mengoptimumkan penggunaan teknologi bagi meningkatkan akses kepada keadilan, Badan Kehakiman Malaysia telah mewujudkan satu pautan sesawang bagi pelan lokasi bilik bicara dan fasiliti Kompleks Mahkamah Utama di seluruh negara yang dikenali sebagai portal e-Lokasi. Portal ini akan membantu pengguna mengenal pasti lokasi bilik bicara dan fasiliti yang ingin dituju dengan lebih pantas menggunakan peranti mudah alih.

Pengguna yang melayari portal e-Lokasi boleh mengakses pelan lokasi bilik bicara dan fasiliti di Istana Kehakiman, Kompleks Mahkamah Shah Alam, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Johor Bahru, Kompleks Mahkamah Ipoh, Kompleks Mahkamah Melaka, Kompleks Mahkamah Seremban, Kompleks Mahkamah Alor Setar, Kompleks Mahkamah Georgetown, Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kompleks Mahkamah Kangar, Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, Kompleks Mahkamah Kuching dan Kompleks Mahkamah Kuantan.

e-Lokasi akan mula beroperasi (go live) pada 15 Oktober 2020 dan pengguna boleh mengakses portal tersebut di pautan http://intranet.kehakiman.gov.my/elocation/ atau dengan mengimbas kod QR e-Lokasi yang akan dipamerkan di setiap pintu masuk kompleks mahkamah yang terlibat.