Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 10.2.2021

Perkara : Arahan Keselamatan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Sempena Perayaan Cuti Tahun Baru Cina 2021

 

No. Rujukan : MKL.100-1/5/1 ( 13 )

Tarikh : 10 Februari 2021

 

YBhg. Datuk /Dato’ /Datin /Tuan /Puan,

 

ARAHAN KESELAMATAN KOMPLEKS MAHKAMAH KUALA LUMPUR SEMPENA PERAYAAN CUTI TAHUN BARU CINA 2021

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Sambutan Perayaan Cuti Tahun Baru Cina pada tahun ini dijadualkan pada 12 Februari 2021 (Jumaat). Sempena perayaan tersebut, ramai warga Mahkamah Kuala Lumpur dijangka akan bercuti panjang di antara 11 Februari 2021 sehingga 15 Februari 2021. Bagi memastikan keselamatan ruang pejabat, dokumen terperingkat kerajaan dan aset-aset kerajaan sentiasa selamat dilindungi daripada sebarang risiko yang tidak diingini, warga Mahkamah Kuala Lumpur adalah diingatkan supaya bertanggungjawab terhadap keselamatan di tempat bertugas masing-masing.

 

3.         Sehubungan dengan itu, warga Mahkamah Kuala Lumpur adalah dipohon untuk memberikan perhatian terhadap langkah-langkah keselamatan perlindungan dokumen terperingkat dan aset-aset kerajaan. Ianya hendaklah dilaksanakan dengan tegas berdasarkan Arahan Keselamatan dan Garis Panduan Keselamatan sedia ada. Sehubungan dengan itu, warga Mahkamah Kuala Lumpur hendaklah:

 

  1. Log off komputer, mesin pencetak (printer) dan mesin pengimbas, mengosongkan pemacu cakera,menyimpan peranti mudah alih dan mengunci dengan selamat mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan;

 

  1. Menyimpan dan mengunci dokumen penting dan dokumen rahsia rasmi dalam peti-pati keselamatan mengikut arahan keselamatan yang ditetapkan;

 

  1. Menutup dan mengunci dengan selamat ruang pejabat, bilik bilik pegawai, bilik fail, bilik dokumen, stor, pusat data, pintu, tingkap, pintu tangga kecemasan dan sebagainya;

 

  1. Menutup semua lampu bilik mesyuarat, pantry, bilik fail, stor, peralatan elektrik dan elektronik, suis punca kuasa dan sebagainya yang tidak digunakan bagi mengelakkan kebakaran; dan

 

  1. Memastikan kesemua paip air di bangunan atau tandas ditutup bagi mengelakkan sebarang pembaziran.

 

4.         Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, sila berhubung Unit Keselamatan Encik Azura bin Ismail/Puan Sharmila a/p Selvaganesh di talian 03-62094668 atau Encik Sathiya Seelan a/l M. Nadiappan di talian 03-62094663. Kerjasama YBhg Datuk /Dato' / Datin/ tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

 

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menjalankan amanah,

                     t.t

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur