Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 14.10.2020

ARAHAN OPERASI MAHKAMAH DI KUALA LUMPUR SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

BERTARIKH 14 HINGGA 27 OKTOBER 2020

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 12 Oktober 2020 berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor dan kenyataan media YBhg Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara bertarikh 12 Oktober 2020 serta bagi membantu Kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat,  adalah saya diarahkan oleh YBhg. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia untuk memaklumkan bahawa bagi Mahkamah-Mahkamah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berkuat kuasa 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020, arahan-arahan berikut adalah terpakai:

 

  1. Bagi Prosiding Pendengaran Kes-kes di Mahkamah Tinggi dan Rendah Kuala Lumpur.
  • Semua perbicaraan / pendengaran kes sivil dan jenayah sepanjang tempoh 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020 adalah ditangguhkan dan penetapan tarikh perbicaraan / pendengaran yang baharu akan dimaklumkan kemudian;

 

  • Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Tinggi, Timbalan Pendaftar (Pengurus) atau Penolong Kanan Pendaftar (Pengurus) akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada YA Hakim / Pesuruhjaya Kehakiman yang bertugas;

 

  • Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Sesyen, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada Pengarah Mahkamah Negeri;

 

  • Pengurusan kes sivil secara eReview akan terus dijalankan seperti biasa secara dalam talian (online) manakala pengurusan kes sivil secara manual akan ditangguhkan dan akan diberikan tarikh yang baharu; dan

 

  • Pemfailan kes-kes sivil baharu / notis rayuan dan dokumen-dokumen akan berjalan seperti biasa melalui sistem eFiling.

 

  1. Pengurusan Kes Bagi Kes-Kes Jenayah di Mahkamah Rendah

 

  • Permohonan Reman
  • Permohonan untuk tahanan reman di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah dan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.

 

  • Pendaftaran Kes-Kes Baharu
  • Jika terdapat keperluan untuk pendaftaran kes baharu, Pegawai Penyiasat hendaklah memaklumkan lebih awal kepada Penolong Kanan Pendaftar Jenayah Mahkamah Rendah atau Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret yang bertugas bagi tujuan persediaan oleh mahkamah. Pengarah Mahkamah akan menyediakan jadual bertugas pegawai dan kakitangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berkuat kuasa.

 

  • Permohonan Jamin
  • Bagi kesalahan yang boleh dijamin, urusan jamin dapat diproses seperti biasa.

 

  1. Pendengaran Kes Secara Dalam Talian Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
  • Pihak-pihak boleh memohon kepada Mahkamah yang berkenaan untuk pendengaran kes sivil secara dalam talian (online hearing) dengan menggunakan sistem e-Review, pertukaran e-mel atau sidang video atas syarat-syarat berikut :-

 

  • dengan persetujuan pihak-pihak; dan kebenaran permohonan ini adalah tertakluk kepada budi bicara Mahkamah.

 

  • Senarai Pegawai-Pegawai di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Kuala Lumpur dan Pusat Mediasi Kuala Lumpur yang boleh dihubungi adalah seperti di Lampiran 1; dan

  

  1. Bagi Operasi Kerja di Pejabat dan Kaunter-kaunter Perkhidmatan Mahkamah
  • Perkhidmatan-perkhidmatan Mahkamah seperti berikut akan beroperasi secara terhad sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat:
  1. Pejabat Pendaftaran;
  2. Kaunter Setempat;
  3. Kaunter Pesuruhjaya Sumpah;
  4. Kaunter Surat Kuasa Wakil;
  5. Kaunter Biro Perkhidmatan e-Filing; dan

 

3.         Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dalam perkara di atas amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

                  t. t

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

 

SENARAI NAMA DAN NOMBOR TELEFON PEGAWAI MAHKAMAH TINGGI DAN MAHKAMAH RENDAH KUALA LUMPUR SEPANJANG TEMPOH PKPB

 

A. MAHKAMAH TINGGI

 

  1. BAHAGIAN SIVIL

            Pn. Fatimah Rubi’ah bt Ali

            No. Tel: 03-6209 4147    

            E-mel: fatimahrubiah@kehakiman.gov.my

 

  1. BAHAGIAN DAGANG

            Tn. Ashraf Rezal Bin Haji Abdul Manan

            No. Tel: 03-6209 4941

            E-mel: ashraf@kehakiman.gov.my

 

  1. BAHAGIAN KEBANKRAPAN  

            Pn. Ida Rahayu binti Sharif

            No. Tel: 03-6209 4332/ 013-6356560

            E-mel: idarahayu@kehakiman.gov.my

 

  1. BAHAGIAN JENAYAH

            Tn. Raja Shahril Anuar Bin Raja Baniamin

            No. Tel: 03-6209 4591

            E-mel: rajashahril@kehakiman.gov.my

 

  1. BAHAGIAN KUASA-KUASA KHAS

            Pn. Norazlin Bt. Othman

            No. Tel: 03-6209 4257

            E-mel: hakimkeram@kehakiman.gov.my

 

  1. BAHAGIAN KELUARGA

            Pn. Nur Hidayah bt Abd Mutalib

            No. Tel: 03-6209 4265

            E-mel: hakimkeram@kehakiman.gov.my

 

  1. BAHAGIAN PEMBINAAN

            Tn. Shahril Anuar bin Ahmad Mustapha

            No. Tel: 03-6209 4166

            E-mel: shahril@kehakiman.gov.my

 

  1. BAHAGIAN INSOLVENSI

            Pn. Ellyana bt Razali

            No. Tel: 03-6209 4940

            E-mel: ellyana@kehakiman.gov.my

 

  1. BAHAGIAN MUAMALAT/ADMIRALTI

Tn. Mohamad Firdaus bin Sadina Ali

No. Tel: 03-6209 4065

E-mel: mfirdaus@kehakiman.gov.my

 

  1. BAHAGIAN PELAKSANAAN

            Pn. Salamiah Binti Salleh

            No. Tel: 03-6209 4451

            E-mel: salamiah@kehakiman.gov.my

 

  1. BAHAGIAN SURAT KUASA MATI

            Tn Abdul Hakim B Ab Keram @ Ab Karem

            No. Tel: 03-6209 4438

            E-mel: hakimkeram@kehakiman.gov.my

 

  1. BAHAGIAN SURAT KUASA WAKIL

            Pn. Nurul Ain Binti Hamzah

            No. Tel: 03-6209 4542

            E-mel: hakimkeram@kehakiman.gov.my

 

B.         MAHKAMAH RENDAH

 

  1. BAHAGIAN SIVIL

            Pn. Sara Zuriati bt. Zaharifudin

            No. Tel: 03-6209 4375

            E-mel: sara@kehakiman.gov.my

 

  1. BAHAGIAN JENAYAH

            Pn. Nurul Izzah binti Hasan Basri

            No. Tel: 03-6209 4377

            E-mel: izzah@kehakiman.gov.my