Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 16.3.2021

Perkara : Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Bagi Pengurusan Fasiliti Bangunan Mahkamah Kuala Lumpur Bagi Bulan Mac 2021

 

No. Rujukan : MKL.200-7/4/5 Jld. 7 (69)

Tarikh : 16 Mac 2021

 

YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN BAGI PENGURUSAN FASILITI BANGUNAN MAHKAMAH KUALA LUMPUR BAGI BULAN MAC 2021

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

2.       Dimaklumkan bahawa Niat Suci Sdn Bhd (NSSB) adalah kontraktor yang dilantik sebagai Pengurus Fasiliti di kompleks ini mulai 16 November 2020 hingga 15 Januari 2024 . Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan juga, pihak kontraktor NSSB akan memberikan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan kerosakan di dalam bangunan MKL sepanjang tempoh kontrak tersebut iaitu :-

 

MEKANIKAL

SIVIL

ELEKTRIKAL

Penyaman Udara Jenis VRV

Penyelenggaraan Tandas

Sistem Pencahayaan

Chiller

Grease Trap

Sistem Kad Akses

Pemadam Api CO2/ABC

Sistem Perpaipan

Boom Gate

Sistem Pencegah Kebakaran

Siling

Sistem Nombor Giliran (QMS)

Sistem Lif

Built In Furniture

Projektor

Sistem Pam

Sewage Treatment Plant (STP)

Sistem Siaraya

 

3.       Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk memberi maklumbalas terhadap kualiti perkhidmatan pengurusan fasiliti di MKL melalui pautan web https://forms.gle/HQvWujxEbQf8bNY6A  dan QR Code bagi tinjauan kepuasan pelanggan:

 

img

 

 

4.      Dimaklumkan juga, tempoh pengisian borang kaji selidik ini ialah selama 9 hari mulai 16 Mac 2021 hingga 25 Mac 2021. Sesungguhnya perhatian dan maklumbalas YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19’’

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

(MOHD YUSUF BIN MAT DIN)

Penolong Pengarah Kanan

Bahagian Pengurusan

b.p. Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

No. Tel : 03- 6209 4042