Tarikh : 7.1.2021
Perkara : Hebahan Penggunaan Letterhead E-Mel Baharu Bagi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan,
HEBAHAN PENGGUNAAN LETTERHEAD E-MEL BAHARU BAGI PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKTUAN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya rantaian emel bertarikh 5 Januari 2021 daripada Bahagian Pengurusan atas arahan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan adalah saling berkaitan.
2. Sepertimana YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan sedia maklum, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan telah mengarahkan letterhead e-mel bagi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) dikemaskini. Lanjutan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon:
- maklumat nombor faks digugurkan;
- digantikan dengan maklumat alamat e-mel setiap Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah (rujuk lampiran A);
- Contoh Letterhead adalah seperti berikut:
3. Justeru, bersama-sama ini disertakan letterhead e-mel yang telah diluluskan oleh Ketua Pendaftar untuk kegunaan rasmi warga Mahkamah Kuala Lumpur. Penggunaan letterhead e-mel baharu ini adalah berkuatkuasa dengan serta-merta. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah dipanjangkan kepada Bahagian Pentadbiran di talian sambungan 4018/4022.
4. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
t.t
(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)
Pengarah
Mahkamah Kuala Lumpur
Lampiran A