Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 25.2.2021

Perkara : Infografik Berkaitan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

  

YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2.      Sepertimana YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan sedia maklum, pemberian vaksin COVID-19 adalah secara sukarela tetapi sangat digalakkan bagi memboleh sasaran pembentukan imuniti kelompok dapat dicapai.  Pendaftaran untuk orang ramai akan bermula pada 1 Mac 2021 menerusi kaedah seperti berikut:

img

3.      Sehubungan itu, bersama-sama ini dimajukan Infografik Berkaitan Proses Vaksinasi Menggunapakai Aplikasi MySejahtera dan Laman Sesawang Khas atau Proses Vaksinasi Secara Manual bagi masyarakat yang tidak mempunyai akses aplikasi MySejahtera untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan jua.

img

4.           Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 

Sekian

 

PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN) 

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur