Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

 

Tarikh : 6.11.2020

Perkara : Kajian Kepuasan Pelanggan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP)

 

YBhg. Dato' / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya Unit ini telah diarahkan oleh YBrs Tuan Ketua Pendaftar untuk merujuk kepada perkara diatas.

 

2.         Dimaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) akan menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan PKPMP. Kajian Kepuasan Pelanggan ini dilaksanakan bagi membantu PKPMP untuk memahami keperluan pelanggan serta mendapatkan maklum balas mengenai perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan di Mahkamah-Mahkamah seluruh Malaysia. Segala maklumat yang diperolehi melalui Kajian ini akan digunakan untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti perkhidmatan PKPMP. Kajian ini akan dijana dalam tiga (3) bulan sekali oleh Unit Komunikasi Korporat dan laporan kajian akan dihantar kepada setiap Pengarah Negeri/ Pengarah Bahagian untuk makluman dan tindakan lanjut.

 

3.         Kajian Kepuasan Pelanggan PKPMP boleh diakses melalui pautan https://tinyurl.com/KKPMahkamah atau dengan mengimbas QR Code seperti poster di bawah.

img

4.         Justeru itu, kerjasama pihak YBhg. Dato' / Tuan / Puan adalah dipohon untuk memuatnaik poster Kajian Kepuasan Pelanggan yang telah disediakan ke dalam Portal Kehakiman Negeri masing-masing serta mempamerkan poster di kaunter-kaunter utama, pintu masuk atau mana-mana lokasi yang sesuai.

 

5.         Poster-poster hebahan ini boleh diakses melalui pautan Google Drive berikut:

https://drive.google.com/drive/folders/10mxisH-urlt__HTrtZ5XhzIjkVRimgKo?usp=sharing

 

6.         Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan terus kepada pegawai-pegawai berikut:

 

i)  Suzarika binti Sahak

    Pengarah Unit Komunikasi Korporat

    03-8880 4051 / suzarika@kehakiman.gov.my

 

ii) Nur Nabilah A Zainudin

                   Penolong Kanan Pendaftar

    Unit Komunikasi Korporat

    03-8880 4097 / nabilahzainudin@kehakiman.gov.my

 

7.         Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato' / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

                          t.t

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Pejabat Ketua Pendaftar

Mahkamah Persekutuan Malaysia

Istana Kehakiman

62506, PUTRAJAYA