Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

 

Tarikh : 5.10.2020

Perkara : Langkah Pencegahan Berhubung Penularan Wabak Coronavirus (Covid-19)

 

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Berdasarkan laporan harian Status Terkini Covid-19 melalui laman sesawang Kementerian Kesihatan, terdapat pertambahan kes baharu dan peningkatan ini berada dalam keadaan yang membimbangkan. Sehubungan dengan itu, sekali lagi diingatkan kepada YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan dipohon untuk sentiasa mengamalkan tahap kesihatan optimum dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Hal ini penting bagi membendung penularan virus Covid 19 dan sekaligus dapat memutuskan rantaian Covid 19. 

 

3. Bersama-sama ini dimajukan poster berkaitan untuk makluman YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan jua.

img

4. Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan  berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur