Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 16.3.21

Perkara : Nota Semak Bagi Permohonan Pekerjaan Luar

 

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

 

Rujukan Kami         :      MKL.(S). 500-4/9/3 (  11  )   

Tarikh                      :      16 Mac 2021

 

YBhg. Datin/ Tuan/ Puan,

 

PEMOHONAN BAGI MENDAPATKAN KEBENARAN MENJALANKAN PEKERJAAN / PERNIAGAAN LUAR OLEH PEGAWAI AWAM DI MAHKAMAH KUALA LUMPUR

 

Dengan hormatnya adalah saya diarah merujuk perkara di atas.

 

2.        Dimaklumkan bahawa permohonan bagi menjalankan pekerjaan luar perlu mendapat kelulusan Ketua Pendaftar seperti yang tertakluk dibawah Peraturan 5 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993 [P.U.(A) 395/1993].

 

3.        Bagi tujuan tersebut, mohon kerjasama YBhg. Datin/ Tuan/ Puan untuk mengambil perhatian dan mengambil maklum berkenaan perkara-perkara seperti berikut:

- Senarai Semak Permohonana Pekerjaan Luar

- Borang Permohonan Pekerjaan Luar

 

  1. Permohonan yang dikemukakan hendaklah menyatakan dengan terperinci pekerjaan yang dibuat di ruangan Jenis Pekerjaan (contoh: dropship pakaian/ kasut/ kek- bukan hanya menyatakan pekerjaan dropship/ perniagaan online);

 

  1. Dokumen sokongan kepada pekerjaan luar tersebut perlu dilampirkan (contoh: Agen Hartanah – Lampirkan surat lantikan / tawaran daripada agensi berkenaan /Pengurus Syarikat – Lampirkan maklumat syarikat daripada SSM);

 

  1. Permohonan ini hendaklah disertakan bersama dengan Deskripsi Tugas dalam MyPortfolio dan Slip Gaji Terkini;

 

  1. Permohonan perlu disokong oleh Ketua Bahagian (Pengarah/Pegawai Penyelia) berserta cop nama/ jawatan.

 

4.        Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar terus ke Unit HRMIS, Naik Pangkat & Tatatertib untuk dipanjangkan ke Unit Integriti, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan pekerjaan luar, YBhg. Datin/ Tuan/ Puan boleh berhubung dengan Unit HRMIS, Naik Pangkat & Tatatertib di sambungan 4037 / 4797 / 2230. Kerjasama serta perhatian YBhg. Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

                 

Sekian, terima kasih.

 

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

UNIT HRMIS, NAIK PANGKAT & TATATERTIB

Bahagian Pengurusan

b.p. Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur