Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 2.2.21

Perkara : Operasi Kaunter Penerimaan Masuk Peguambela Dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya Semasa PKP Secara Temujanji.

 

Salam sejahtera.

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan daripada 4.2.2021 hingga 18.2.2021, Bahagian BKK Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menerima terlalu banyak emel, mesej dan panggilan telefon daripada Pelatih Dalam Kamar (PDK) yang mahu berurusan dengan Kaunter Penerimaan Masuk Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

3. Sehubungan dengan itu, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah membenarkan operasi kaunter BKK dijalankan dengan kehadiran PDK dibuat secara temujanji.

4. Bersama ini dilampirkan Notis Operasi Kaunter BKK sepanjang tempoh PKP untuk dimaklumkan kepada PDK.

Sekian, terima kasih

Norazlin Othman

Timbalan Pendaftar

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Bahagian Kuasa-Kuasa Khas 1

e-mel : norazlin@kehakiman.gov.my

Tel. pejabat : 03-62094257

img