Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 18 Februari 2021

Perkara : Pelaksanaan Perisytiharan Harta 2021 Melalui Sistem Hrmis Di Mahkamah Kuala Lumpur

No Rujukan : MKL.100-20/1/7 (18)

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

YBhg. Dato'/ Datuk/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

Pelaksanaan Perisytiharan Harta 2021 Melalui Sistem Hrmis Di Mahkamah Kuala Lumpur

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.      Dimaklumkan bahawa Mahkamah Kuala Lumpur sedang dalam fasa pelaksanaan perisytiharan semula harta selepas genap 5 (lima) tahun. Sehubungan dengan itu, pegawai dan kakitangan seperti di Lampiran A diwajibkan membuat perisytiharan semula harta kerana telah melebihi tempoh tersebut. Semua pegawai dan kakitangan seperti di Lampiran A dikehendaki untuk membuat semula perisytiharan harta melalui sistem HRMIS selewat-lewatnya sebelum atau pada 28 Februari 2021.

 

3.     Sebarang permasalahan dalam membuat perisytiharan harta di dalam sistem HRMIS, boleh hubungi urusetia di talian 03-62094037 (Pn Norsalawati) atau 03-62072230 (YM Raja Zaiful Izwan). Perhatian dan tindakan YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19’’

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

UNIT HRMIS,NAIK PANGKAT & TATATERTIB

b.p Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur