Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 31.3.2021

Perkara : Pemakluman Berhubung Pembersihan Dan Pengemaskinian Pigeon Hole Setiap Bahagian /Unit Mahkamah Kuala Lumpur

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

 

YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan,

 

PEMAKLUMAN BERHUBUNG PEMBERSIHAN DAN PENGEMASKINIAN PIGEON HOLE SETIAP BAHAGIAN /UNIT MAHKAMAH KUALA LUMPUR

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2.     Dimaklumkan bahawa, Unit Perhubungan dan Kenderaan, Bahagian Pengurusan MKL sedang dalam tindakan pengemaskinian dan pembersihan ruang kerja (workstation) sedia ada juga termasuk pigeon hole yang menempatkan surat-surat setiap unit yang diterima saban hari bagi memastikan ruang-ruang sedia ada sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas.

 

3.      Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian dan semakan Unit Perhubungan dan Kenderaan, terdapat pegawai/kakitangan yang telah ditugaskan untuk membuat pengambilan surat-surat di unit/bahagian masing-masing tidak berbuat demikian dan dalam masa yang sama telah memberikan kesan pada ruangan simpanan surat (pigeon hole) sedia ada.  Sehubungan dengan itu, jasa baik YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan adalah dipohon dalam memastikan surat-surat yang telah ditempatkan di pigeon hole tersebut diambil oleh wakil setiap unit/bahagian dengan kadar segera. 

 

4.      Sekiranya pihak YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan En. Muhammad Khalid bin Yosuf di talian 03- 6209 4910. 

 

5.      Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

 

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

Unit Perhubungan & Kenderaan

Bahagian Pengurusan

b.p Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur

Tel: 6209 4910/4934