Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 7.10.2020

 

Perkara : Pemakluman Berkaitan Warga Mahkamah Yang Mempunyai Kontak Rapat Dengan Individu Yang Disahkan Positif Covid-19

 

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Berdasarkan semakan Bahagian Pengurusan berhubung status berkaitan warga Mahkamah yang mempunyai kontak rapat dengan individu yang telah disahkan positif COVID-19, YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan adalah dipohon untuk mematuhi garis panduan seperti berikut:

 

  • Menghubungi khidmat pelanggan Kementerian Kesihatan Malaysia secepat yang mungkin;

 

  • Talian Hotline Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM iaitu 03- 8881 0200 /03- 8881 0600 / 03- 8881 0700;

 

  • Mendapatkan arahan dan pengesahan rasmi daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sama ada ujian pengesanan covid perlu dilakukan atau sebaliknya;

 

  • Jabatan akan memberikan kebenaran berdasarkan keputusan dan pengesahan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung cuti yang berkelayakan.

 

3. Bersama-sama ini dimajukan poster berkaitan takrifan kontak rapat COVID-19 untuk makluman YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan jua.

img

Kerjasama dan tindakan lanjut YBhg.Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur