Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

Tarikh : 12.3.2021

Perkara : Pemakluman Penjagaan Kebersihan Ruang Kerja Bagi Pegawai Dan Kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur

 

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

No. Rujukan :  MKL.100-9/1/12 ( 1 )

Tarikh            : 12 Mac 2021

 

Tuan/Puan,

 

PEMAKLUMAN PENJAGAAN KEBERSIHAN RUANG KERJA BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN MAHKAMAH KUALA LUMPUR

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

 

2.      Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, sebahagian Mahkamah telah mula beroperasi sejak dari  27 Januari 2021.  Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk memastikan:

 

  1. kaunter pendaftaran, ruang kerja serta pantry di bahagian masing-masing sentiasa kemas dan teratur;

 

  1. bekas makanan dan juga bekas minuman tidak diletakkan di atas meja ruang kerja;

 

  1. tidak makan atau minum di meja ruang kerja;

 

  1. kerap melakukan nyahkuman / disenfeksi pada permukaan yang mudah dicemari kuman;

 

  1. sentiasa menyimpan fail di tempat selamat;

 

  1. notis yang ditampal di Papan Kenyataan sentiasa dikemaskini;

 

  1. notis yang ditampal adalah kemas dan tidak meninggalkan kesan apabila dibuka semula;

 

  1. notis tidak ditampal di pintu-pintu atau di dinding dan hanya ditampal di tempat yang disediakan sahaja;

 

  1. kabel komputer diikat rapi dan kemas;

 

  1. komputer ditutup setiap kali tamat waktu bekerja;

 

  1. sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di dalam premis Mahkamah;

 

  1. sentiasa mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya dengan jarak 1 meter sepanjang menjalankan tugas di dalam premis Mahkamah; dan

 

  1. melaporkan kepada Unit Senggara sekiranya terdapat  kerosakan atau kecacatan pada dinding di Bahagian masing-masing yang memerlukan penyelenggaraan.

 

 

3.         Tuan/Puan adalah diarahkan untuk mengambil tindakan serta-merta terhadap perkara-perkara yang dinyatakan di atas dan segala kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

 

                 t. t

(AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN)

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur