Warna Tema      
Saiz Tulisan -A A +A
 

 

Tarikh : 6.11.2020

Perkara : Pematuhan Terhadap Keselamatan Pejabat – Harian / Hujung Minggu / Hari Cuti Umum

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

  

YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan,

 

2.      Sukacita bersama-sama ini dipanjangkan e-mel daripada Pejabat Ketua Pendafar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) bertarikh 4 November 2020 yang jelas menerangkan maksudnya untuk tindakan YBhg.Datuk/Dato`/Datin/Tuan/Puan.

 

3.      Sebagaimana pihak YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan sedia maklum, YBrs. Tuan Ketua Pendaftar telah mengingatkan agar Mahkamah Negeri Selangor, Mahkamah Negeri Sabah, Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya serta Mahkamah Negeri Sarawak, Mahkamah Negeri Sembilan dan Mahkamah Negeri Pulau Pinang yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat supaya memberikan perhatian serius sekaligus memastikan aspek keselamatan bangunan dan langkah-langkah pencegahan bencana dibudayakan di pejabat masing-masing.  

 

4.      Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2014 bertarikh 27 Januari 2014 dan Garis Panduan Langkah-langkah Penjimatan Tenaga dan Kos di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, bertarikh 29 Januari 2019 yang pernah diedarkan, untuk rujukan dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan.  Saranan agar kesemua peralatan pejabat dimatikan suis dan plug dicabut sebelum pulang dari pejabat/selepas tamat waktu kerja, seperti yang tertera pada perkara 3.5.1(a) dan 3.5.2(a) garis panduan bertarikh 29 Januari 2019, hendaklah dipatuhi oleh semua pegawai dan kakitangan.

 

5.       Justeru, YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan adalah dimohon untuk membuat hebahan dan peringatan secara berterusan kepada para pegawai dan kakitangan di bawah seliaan masing-masing berhubung arahan ini.  Untuk pertanyaan lanjut, YBhg. Datuk/ Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:

 

(a)  Keselamatan Bangunan:

Encik Mohd. Syahidan bin Senin

Ketua Seksyen Keselamatan

Bahagian Pengurusan

03-88804259 / syahidan@kehakiman.gov.my 

atau seksyenkeselamatan@kehakiman.gov.my

 

(b)  Keselamatan Perkakas Elektronik:

Encik Rummie Wisning

Pengarah

Bahagian Teknologi Maklumat

03-88804208 / rummie@kehakiman.gov.my

 

6.      Segala kerjasama dan perhatian YBhg.Datuk/Dato`/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Pengarah

Mahkamah Kuala Lumpur